Ulama Yang Sebenar


Ulama yang sebenarnya ulama dia tidak mengaku dan tidak merasa dirinya ulama senang menerima kebenaran

Mereka boleh menerima kebenaran dengan sesiapa sahaja,

kalau mereka tahu itu adalah kebenaran

Begitulah juga orang yang pandai dia tidak merasa pandai boleh menerima kebenaran dengan sesiapa sahaja

Yang susah itu yang bukan ulama merasa dirinya ulama egonya besar

Payahlah mereka hendak menerima kebenaran, sekalipun mereka tahu itu adalah kebenaran, kalau kebenaran, itu bukan dari mereka

Begitulah cerdik pandai yang merasa dirinya pandai payah menerima kebenaran kalau bukan dari mereka datangnya kebenaran itu

Orang yang semacam ini di dalam sebuah jemaah atau masyarakat,

susah jemaah dibuatnya

Hendak dikedepankan, mereka menendang, hendak dibelakangkan mereka menanduk Kelebihan orang, hasad dengki pula yang datang

Silap sedikit orang, di masa itulah mereka mengambil peluang menjatuhkan

atau mencerca orang

Begitulah jika taqwa tidak ada pada seseorang lebih-lebih lagi ulama dan cerdik pandai

Itulah dia di antara penyakit di dalam jemaah umat Islam

Organisasi umat Islam di akhir zaman

Makin ramai ahli jemaah, semakin banyak masalah

Semakin ramai anggota jemaah, semakin lemah

Akibatnya apa sahaja kemajuan hendak dicetuskan banyak halangan

Halangan itu daripada dalam bukan daripada luaran

Kadang-kadang orang yang bodoh lebih mudah didisiplinkan dan mudah berkorban

Penyakit umat adalah daripada ulama yang bukan ulama

dan cerdik pandai yang merasa cerdik

Akhirnya apa yang terjadi ramai itu membawa kelemahan bukan kekuatan

Maka terjadi pepatah ada mengatakan ibarat buih di laut yang menggunung besarnya

Tapi lidi penyapu yang jatuh ke atasnya ia pecah berkecai

Begitulah nasib umat Islam di hari ini

Bilangan mereka ramai, tapi lemah, macam buih di laut

Oleh penyakit cintakan dunia dan penyakit ego daripada cerdik pandai

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi